Mahir Microsoft (Batch 1) Minggu 3
30 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 30 Julai (Khamis), telah diadakan kelas NADI Mahir Microsoft untuk minggu yang ketiga. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang.
Untuk kelas minggu ketiga ini, para peserta telah diperkenalkan dengan Modul 5 sehingga Modul 10 iaitu Working with Data, Charts and Visualization, Page Layout and Printing, Basic Data Analysis, Proofing and Review dan Latihan Praktikal. Kesemua modul ini memberi penekanan kepada pengurusan, analisis dan pembentangan data secara profesional menggunakan Microsoft Excel. Modul-modul ini juga membolehkan peserta menggunakan Excel dengan lebih cekap, sistematik dan produktif dalam tugasan harian.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: